Friday, April 14, 2017
Saturday, April 1, 2017
Profil pertubuhan
Pertubuhan Kebajikan Bahtera Bersekutu Malaysia telah ditubuhkan dan diluluskan pada 22 Ogos 2016 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bernombor PPM-008-14-22082016 di Kuala Lumpur .
MATLAMAT PERTUBUHAN
1. Tujuan pertubuhan ini untuk menggalakkan ahli bersama tidak mengira
bangsa dalam menghulurkan bantuan kebajikan kepada ahli pertubuhan ini
yang bermasalah seperti musibah banjir, perkahwinan, persiapan kenduri
kendara, gotong royong dan lain-lain.
2. Menggalakkan ahli-ahli supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
diantara mereka tidak mengira bangsa dan keturunan.
3. Untuk menjaga ahli-ahli di dalam hal-hal kebajikan, dan menempis semangat
perkauman serta menyemai sifat berkomuniti tanpa mengira bangsa dan
agama dalam kehidupan
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
1. Kewarganegaraan : Malaysia
2. Umur Minima : 18 tahun
3. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
4. Jantina : Semua
5. Agama : Semua
Surat Kelulusan dan Sijil Pendaftaran Pertubuhan